Bagi ummat yang beragama Islam, sudah tentu ada hasrat yang terpendam untuk kita melengkapkan rukun Islam yang kelima iaitu Menunaikan Haji di Baitul Makkah. Kepada pembaca yang bukan beragama Islam, berikut adalah rukun – rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menganutinya.

RUKUN ISLAM:

  • Mengucap 2 kalimah Syahadah (Lailaha illallah, Muhammadur Rasulullah)
  • Menunaikan Solat 5 waktu sehari semalam
  • Berpuasa penuh di bulan Ramadhan
  • Memberikan zakat
  • Menunaikan Haji di Baitullah, Mekah (jika mampu)


Jadi, untuk menunaikan Rukun Islam Kelima ini, sudah tentu masyarakat Islam kita khususnya di Malaysia sudah melakukan persiapan dengan kewangannya, kursusnya, dan sebagainya untuk menambah ilmu dan kefahaman tatacara ke sana. 

Di sini, saya telah membuat sedikit analisis kos Haji secara harga purata atau harga yang minimum untuk melayakkan anda menunaikan Haji.

Berdasarkan analisis saya, Kos Haji dari tahun 2000 sehingga 2020 adalah meningkat di samping kos pengangkutan atau servis juga meningkat. Namun, dengan menyimpan emas, dapat dilihat adalah simpanan gram akan menurun dari tahun ke tahun.

Eh kejap… berapa kos dari segi emas ini menurun ye?

Ok, apa kata kita buat analisis menggunakan kaedah matematik yang ringkas.

Pada tahun 2000, anggaran kos ibadah Haji sekitar RM8.5K. 224 gram emas ketika itu sudah mencecah RM8,512.   

Pada tahun 2020 pula, anggaran kos ibadah Haji adalah sekitar RM9.98K dan 39 gram bersamaan RM10,140, makna sudah melepasi sasaran yang sedia ada. 

Kiraan yang mudah untuk mencari penurunan gram emas ini adalah seperti berikut:

(224g – 39g) / 224g x 100% = 82.59 %

Berdasarkan pengiraan ini, hampir 83 % nilai kos ibadah Haji ini menurun. Wow!!! Jika anda seorang yang sangat berkira – kira dengan duit, maka ini adalah berita baik bagi anda. 

Mungkin ada yang berasa ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal tetapi ia adalah realiti yang sebenar yang anda kena tempuhi.

Persoalannya adalah bagaimana ia boleh berlaku sebegitu?

Jawapannya adalah kerana nilai harga emas di pasaran semakin tinggi mengkut tahun kerana emas tiada terkesan oleh inflasi duit. Jadi betullah kata Pakar Kewangan bahawa nilai emas akan meningkat dalam jangka masa yang panjang.

Kemudian, kita kena ingat juga bahawa kita kena daftarkan diri untuk menunaikan Haji ini. Pra syarat pendaftaran untuk melayakkan diri menunaikan Haji adalah minimum RM1,300. 

Perlu diambil maklum juga tentang harga SPREAD. Spread yang sering difahami oleh masyarakat Malaysia adalah ‘susut nilai’. Namun istilah susut nilai bukanlah istilah yang tepat sebenarnya. Saya lebih suka istilah ‘beza nilai’ diberikan kepada spread ini. 

Cara pengiraan spread adalah sangat mudah ye. Caranya adalah formula seperti berikut:

[(Harga dijual – Harga dibeli semula) / (Harga dijual)] x 100%

Ini adalah contoh harga di syarikat emas Public Gold yang saya jadikan contoh untuk pengiraan Spread.

Berdasarkan formula di atas, saya dapat simpulkan spread untuk 20 gram adalah 8%. Manakala, spread untuk 50 gram adalah 7.5%. 

Jika anda sudah mempunyai 39 gram emas maka nilainya bersamaan RM10,140. 

Oleh itu, kita anggarkan nilai spread ketika menjual emas (harga dibeli semula) tersebut adalah 8%. Maka harga yang akan anda dapat hasil menjual emas itu dengan menggunakan formula spread di atas adalah sebanyak RM9,328. 

Bermakna dengan menjual 39 gram = RM10,140,  selepas dikira spread anda masih mendapat RM9,328. Apabila ditambah pula duit yang telah anda bayar untuk pra syarat ke Haji sebanyak RM1,300, maka nilai kesemuanya menjadi RM10,628.

Ringkasanya adalah:

RM9328 (harga dibeli semula 39 gram) + RM1300 (harga yang telah dibayar untuk pra syarat daftar Haji) = RM10,628.

 

 

Jadi, ia sudah cukup melayakkan anda untuk menunaikan Haji dengan menabung emas dan mendaftar untuk giliran ke Haji dengan nilai minimum RM1.3K. 

Senang bukan? 

Kesimpulannya, melalui simpanan atau pelaburan emas, anda akan mampu merealisasikan impian anda untuk menunaikan Haji atau Umrah.

Yang paling penting adalah anda harus mempelajari medium simpanan emas ini dengan cara yang betul sama ada berguru atau banyak membaca buku rujukan daripada pakar-pakar kewangan ye. 

Oleh itu, saya akhiri dengan berdoa semoga impian anda yang ingin menunaikan ibadah Haji atau Umrah tahun hadapan tercapai…

Aminnn…


Silakan Kongsi