Salam semua. Alhamdulillah untuk bacaan anda kali ini saya bawakan topik berkenaan simpanan emas di GAP yang patuh syariah.

Ramai antara pelanggan atau orang bertanya kepada saya adakah simpanan emas di GAP ini betul – betul patuh syariah atau tidak. Jadi saya mengambil pendekatan dengan menulis dan mengambil sumber rujukan yang sahih untuk bacaan anda semua.

Untuk tulisan ini saya bahagikan kepada 2 bahagian.

Bahagian PERTAMA untuk bacaan golongan umum yang bukan ahli bidang syariah. Jika anda tergolong dalam golongan ini, boleh baca pada bahagian ini sahaja sebagai pengetahuan.

 

Bahagian KEDUA pula khusus kepada golongan yang ahli bidang syariah kerana penjelasan di sana akan lebih terperinci.

Baik jom kita mulakan!

PERTAMA:

Untuk pengetahuan semua, Public Gold telah melantik penasihat syariah yang diurus oleh syarikat AMANIE ADVISORS dan Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai pengasasnya dan juga panel syariah syarikat emas Public Gold.

Transaksi simpanan emas dan perak dalam GAP / SAP telah disahkan patuh syariah oleh panel penasihat syariah Public Gold. Berikut adalah sijil patuh syariah

(Ada 2 sijil dalam gambar termasuk sijil patuh syariah belian secara EPP yang akan saya kupas di lain tajuk).

Sekian.

KEDUA:

Untuk bacaan kepada yang ahli, saya minta untuk anda mengekalkan 2 perkara di dalam diri sebelum melanjutkan penjelasan di bawah.

1) Sikap ingin belajar dan mengetahui

2) Sikap untuk berlapang dada dalam tidak bersehaluan.

2 perkara ini perlu anda set kan ke dalam diri terlebih dahulu supaya anda memperoleh manfaat hasil dari pembacaan.

Sudah bersedia? Ok mari kita teruskan.

Secara asasnya berikut adalah langkah – langkah yang dilakukan oleh pembeli untuk membeli emas di akaun emas GAP ini.

1. Pembeli memindahkan duit kepada bank atas nama Public Gold

2. Public Gold menerima duit dari pembeli dan mencatat belian duit dalam bentuk gram dalam penyata elektronik di akaun emas GAP.

3. Pembeli boleh terus menambah gram emas pada bila – bila masa dengan mengulang proses di atas.

4. Pembeli juga boleh mengeluarkan gram emas milik mereka dalam bentuk emas fizikal sama ada bentuk jongkong (goldbar) atau syiling (dinar).

 

ok

Langkah 1 adalah dikira sebagai membayar deposit keselamatan (security deposit) dan masa ini akad jual beli masih belum berlaku.

Apabila pembeli melihat penyata elektronik dalam jumlah gram dalam akaun GAP nya, barulah akad jual beli itu berlaku secara automatic (Langkah 2).

Kalaulah pembeli tidak jadi untuk mengeluarkan emas dari GAP, ia boleh dikategorikan sebagai jagaan dengan kepercayaan dalam penjagaan syarikat Public Gold tanpa sebarang liability yang mesti ditanggung oleh syarikat Public Gold.

Melainkan ada kes kecuaian atau sengaja tidak menjaga dengan baik dan selamat (wadiah yad dhamanah). Prinsip syariah ini biasa digunapakai oleh sebahagian bank – bank Islam di Malaysia untuk menawarkan produk – produk mereka khusus produk akaun simpanan dan semasa.

 

Pembeli juga berhak untuk mengeluarkan emas mereka pada bila – bila masa yang mereka suka kerana mereka adalah pemilik emas itu yang sah. Mereka juga berhak meminta syarikat untuk menyerahkan emas itu jika ada keperluan.

Berikut adalah langkah – langkah yang dilakukan syarikat Public Gold:

1. Emas fizikal telah pun ada semasa akad jual beli berlaku

2. 1 ketul kilogram emas dikongsi nama – nama pembeli GAP

3. Pembelian mengikut gram adalah lebih tepat dan mudah dipantau

4. Untuk pembelian mengikut nilai duit, maka akan ada nilai perpuluhan pada gram emas. Public Gold mempunyai mekanisma yang betul untuk mengesan pergerakan keluar masuk gram emas dengan tepat kerana syarikat telah menetapkan tempoh 24 jam harga emas di GAP untuk bertahan.

 

Untuk gram emas di GAP yang tidak genap gram nya, contoh adalah 10.3412 gram. Maka pembeli boleh mengambil keputusan sama ada untuk menjual terus semua kepada Public Gold atau mengeluarkannya.

Untuk keluarkan emas yang tidak genap gram nya, Public Gold menggunakan kaedah iaitu mengeluaran emas 10 gram. Baki 0.3412 gram diserah dalam bentuk nilai wang iaitu nilai harga semasa emas seberat 0.3412 gram.

Sekian adalah sedikit penjelasan berkenaan simpanan emas GAP yang patuh syariah.

Untuk penjelasan yang lebih mendalam, saya mengajak anda untuk membeli buku Emas & Syariah Ilmu Tersurat dan Tersirat tulisan dua tokoh ilmuan iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Ustaz Khairul Anuat Basri Al Hafiz.

Buku beliau boleh anda dapatkan di PGMALL online shopping. Boleh terus tekan link ini SINI

 

Anda boleh merujuk tulisan saya CARA MEMBUKA AKAUN EMAS PUBLIC GOLD atau CARA KEDUA MEMBUKA AKAUN EMAS GAP PUBLIC GOLD untuk mengetahui cara menyimpan emas di akaun emas GAP. 

Moga bermanfaat

Silakan Kongsi