(Kos Pengajian Tinggi Turun 80% Dengan Menyimpan Emas)

Salam gais, hari ini saya akan berkongsi kisah motivasi untuk tatapan anda semua. Kisah ini adalah bagaimana emas boleh dijadikan simpanan untuk pendidikan. Pendidikan ini termasuklah pendidikan anak – anak atau pendidikan sendiri.

Berikut saya kongsikan kisah guru emas saya, Tuan Syukor Hashim yang juga Pakar Perunding Emas. Daripada pautan facebook page beliau, Syukor Hashim & Jonaina Nordin, beliau menceritakan bahawa beliau mula menyimpan emas untuk anak beliau yang baru berusia 7 hari.

Sekitar tahun 2014, 1 gram ketika itu cuma lingkungan RM133 segram. Kini (2020) anak beliau sudah berusia 6 tahun dan emas anak beliau masih disimpan. Harga segram kini (ketika itu) RM276. (Peningkatan sebanyak 107% kali ganda!)

107% kenaikan harga emas itu cuma untuk 1 gram ye. Kita ibaratkan kalau Tuan Syukor konsisten menyimpan emas 1 gram 1 bulan untuk anak beliau. Maka emas yang kini sudah terkumpul sepatutnya adalah 72 gram (1 gram x 12 bulan x 6 tahun).

Ini adalah kiraan cuma 1 gram 1 bulan sahaja ye.. Kalau Tuan Syukor menambah gram emas anak beliau ketika duit lebih maka gram emas untuk anak beliau sudah semestinya lebih 72 gram!

Di sini saya ingin berkongsi teori yang masuk akal untuk kita semua lihat. Ia teori yang mudah dan senang di fahami. Sila lihat gambar di bawah.

Ini adalah kajian yang saya lakukan untuk melihat kos pengajian universiti beserta kos kenaikan emas dan amaun gram emas itu.

Jika anda lihat, kos pengajian tinggi itu sebenarnya meningkat dari tahun 2000 sehingga 2020. Tetapi kos pengajian tinggi menjadi turun 80% jika dilihat dari amaun simpanan emas!

Iya turun 80%

dan kos ini saya rujuk kepada universiti swasta (yang lebih mahal dari universiti awam). Jika saya letak kos pengajian universiti awam, maka akan kos akan lebih turun untuk amaun gram yang anda perlukan ye.

Berbalik kepada kisah anak Tuan Syukor sebentar tadi. Jika Tuan Syukor terus konsisten menyimpan emas 1 gram 1 bulan sehingga anak beliau berusia 18 tahun. Maka jumlah keseluruhan simpanan emas untuk anak beliau (belum dikira tambahan gram untuk hadiah hari jadi, bonus gaji Tuan Syukor dan sebagainya) adalah 216 gram (1 gram x 12 bulan x 18 tahun).

Kejap….

Nilai 216 gram hari ini (ambil 1 gram = RM280) adalah RM60, 480. Itu adalah harga per gram hari ini. Adakah kita tahu bahawa harga emas akan naik untuk jangka panjang? Jika harga emas 1 gram ketika anak Tuan Syukor berusia 18 tahun sekitar RM400 – RM500, rasa – rasa adakah ia berbaloi?

Tepuk dada tanya selera.

Kenapa saya menceritakan hal ini? Hal ini kerana kita kena melihat bahawa pada masa akan datang peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti mungkin makin mencabar. Apabila peluang makin susah, maka tajaan untuk pelajaran juga akan makin sengit saingannya.

Jika tak dapat tajaan seperti JPA dan tajaan kerajaan negeri untuk pelajaran, maka pelajar nak atau tidak, mereka perlukan pinjaman PTPTN juga. Untuk pengetahuan anda, konsep pinjaman itu adalah wajib dibayar. Jika sudah meminjam PTPTN, maka menjadi tanggungjawab pelajar terbabit untuk membayar balik pinjaman mereka.

Namun, berita baik adalah jika anda sudah menyimpan emas ini sebagai dana pendidikan, maka anda sudah tidak perlu risau lagi pinjaman PTPTN. Jika tiada tajaan oleh mana – mana penaja, maka anak anda masih boleh meneruskan pengajian di universiti hasil simpanan emas anda.

Jika anak anda mendapat tajaan untuk melanjutkan pengajian, maka dana pendidikan itu boleh diluaskan skop kepada dana beli aset seperti hartanah, rumah dan sebagainya. Jangan risau, emas itu adalah logam berharga sepanjang zaman. Ia tetap bernilai merentasi masa dan sempadan negara.

Itulah ajaibnya EMAS.

Moga bermanfaat.

Silakan Kongsi