Salam kepada pembaca setia saya. Salam Ramadhan kepada anda semua bagi umat Islam di seluruh dunia. Moga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan kita yang sebelumnya.

Baiklah kali ini saya ingin menyatakan kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada 100 orang pertama yang percaya kepada khidmat dan ‘dealership’ saya.

Kini saya sudah membimbing lebih 200 orang penyimpan emas di Malaysia.

Misi saya adalah mendidik lebih 1000 orang penyimpan emas yang merdeka sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Maksud ‘Penyimpan Emas Yang Merdeka’ adalah mereka yang pandai berdikari berurusan dengan pihak staf syarikat untuk transaksi jual belie mas khususnya di Public Gold Marketing Sdn Bhd.

Kenapa mesti Public Gold? Kenapa tak syarikat emas lain?

Untuk menjawab soalan ini, Tuan Puan boleh membaca posting saya bertajuk Public Gold Scam. Betulkah?

Kenapa saya nak sangat-sangat masyarakat celik ilmu emas? Sebab saya nak masyarakat tahu bahawa emas merupakan salah satu penyelesaian kepada Tuan Puan yang menghadapi masalah seperti berikut:

1. Kebocoran wang gaji

2. Susah nak menyimpan duit

3. Takut terpakai duit simpanan

4. Takut nilai duit berkurang dimakan inflasi.

Jika Tuan Puan menghadapi masalah seperti ini, Tuan Puan bolehlah menjadikan emas sebagai salah satu medium simpanan.

Kata guru saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang, emas itu laku sepanjang zaman.

ok

Dikala kita risau dengan krisis ekonomi negara, kita juga perlu risau nilai duit kita semakin hari semakin menurun.

“SIMPAN EMAS TIDAK MEMBUATKAN KITA KAYA, TETAPI SEKURANG-KURANGYA KITA TIDAK JATUH MISKIN”

Maziz Syafiq Mujib

21 April 2021 M| 9 Ramadhan 1442 H

3.27 petang, Gua Musang.

Silakan Kongsi