Salam semua. Sudah lama rasanya saya tak menulis artikel di blog saya. Namun kini baru ada tenaga untuk mengemaskini dan menulis artikel untuk pembacaan tuan puan semua.

Sejak dua tiga bulan ini, berlakunya fenomena ‘Gold Rush’ iaitu orang berpusu-pusu membeli dan menjual emas.

Ramai yang membeli dari menjual emas. Kenapa berlaku fenomena ‘gold rush’ ini?

Jawapan mudah adalah sebab EMAS JATUH!

Iya emas jatuh. Emas jatuh bermaksud emas itu murah. Bermaksud orang boleh beli emas yang mahal dengan harga yang lebih murah!!!!!

Kemudian dalam kesibukkan orang membeli emas, ada yang bertanya saya,

“Maziz, syarikat Public Gold ini telus dan dipercayai tak?”

Jawapan saya,

“Alhamdulillah, Public Gold dah berdiri teguh selama 13 tahun ini (2008 Public Gold ditubuhkan), Polis Bantuan pun membantu jaga keselamatan Public Gold.

Pos Malaysia, syarikat gergasi negara kita pun memilih bekerja sama dengan Public Gold.

Mantan agong kita pun izinkan Public Gold keluarkan emas design baginda Sultan Muhammad ke-V.

Semua proses di Public Gold adalah sah dan Patuh syariah. Amanie advisory adalah Panel Syariah Public Gold dan juga merupakan panel syariah Bank Negara Malaysia.

Public Gold juga banyak memenangi anugerah dalam dan luar negara. Contoh, Public Gold telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records

Tuan puan boleh dapatkan info-info ini di website mereka juga. Boleh tekan DI SINI dan lihat sendiri pencapaian mereka.

Public Gold adalah syarikah pengeluar dan pembekal emas terbesar di Malaysia. Kini hampir 500,000 penyimpan emas Public Gold sama ada di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Semoga pencerahan ini membantu tuan puan atas ketelusan dan kecekapan sistem Public Gold ini.

Maziz Syafiq Mujib

4 Mac 2021 | 20 Rejab 1442

Gua Musang, Kelantan

Silakan Kongsi