Salam dan selamat kembali kepada anda yang sudi bertandang ke blog saya.

Seperti saya maklum di tulisan saya sebelum ini berkaitan SIMPANAN EMAS GAP PATUH SYARIAH. Kali ini saya terangkan pula kepatuhan syariah yang dilakukan oleh syarikat Public Gold untuk kaedah EPP.

EPP atau maksud sebenarnya adalah Shariah Easy Payment Purchase, adalah salah satu kaedah yang diperkenalkan oleh syarikat Public Gold ia adalah syarikat emas pertama di Malaysia yang telah disahkan mekanisma yang patuh syariah. EPP6 atau EPP10 adalah mekanisma pembayaran secara 6 kali untuk 6 bulan atau 10 kali untuk 10 bulan.

Untuk penjelasan yang berfokus, maka saya bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian Pertama adalah penjelasan kepada orang awam .Orang awam ni maksudnya orang yang tidak belajar atau bukan pakar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Bahagian Kedua pula adalah penjelasan untuk orang yang pakar dalam bidang muamalat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

PERTAMA:

1. Untuk orang awam, urusniaga belian secara Shariah Easy Payment Purchase atau EPP ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold sendiri iaitu Amanie Advisors.

2. Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

3. Amanie Advisors berperanan untuk menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar sejajar dengan syariah. Oleh sebab mengikuti SOP itu maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (rujuk gambar di bawah ye). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah.

Sekian terima kasih

KEDUA:

Penjelasan untuk orang ahli. Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil wa’ad atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil Hamisy Jiddiyyah.

3. Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli untuk sepanjang proses pembayaran adalah tidak berlaku.

4. Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

5. Pada waktu inilah baru dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

6. Sewaktu penyerahan inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold. Untuk pembelian menggunakan kaedah EPP ini, anda boleh rujuk tulisan saya bertajuk CARA PEMBELIAN PRODUK PUBLIC GOLD SECARA EPP.

Sekian, Moga bermanfaat!

Kemaskini

1 Feb 2022 | 5:21PM

Gua Musang, Kelantan.

Silakan Kongsi