Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya Maziz Syafiq Bin Mujib, anak kelahiran Kuala Lumpur namun banyak membesar di Kelantan. Arwah Abah, Mujib Bin Othman anak jati negeri Perak dan Ibu pula Norliyana Binti Ibrahim dari Kelantan.

Anak kedua dari 4 orang adik beradik tapi saya adalah anak lelaki sulong. Seawal pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan.

Selepas beroleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya menyambung pengajian ke Maktab Sultan Ismail (SIC), Kota Bharu, Kelantan. Takdri menentukan agar saya menamatkan pengajian sekolah menengah di sana sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 8A.

Pernah menjawat sebagai Bendahari Agong bagi Badan Pemimpin Pelajar (2014), Pengerusi Persatuan Islam (2014), Pengerusi Kelab Kriket (2014), Timbalan Pengerusi 2 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (2014), Exco Tugas-Tugas Khas Asrama (2014), Timbalan Ketua Rumah Sukan Ibrahim (Kuning) (2014).

Bergambar di muka depan pagar sekolah Maktab Sultan Ismail bersama adik

Kemudian saya melanjutkan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dari Asasi Fizikal sampai jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Saya juga sangat aktif semasa berada di alam universiti.

Bergambar untuk meeting program besar, JPMU

Pernah menjawat Ketua Lajnah Kegiatan Luar bagi Jawatankuasa Pengurusan Masjid UNIMAS (JPMU) sesi 2015/2016. Ketua Generik untuk pasukan rumah sukan Asasi.

Pernah juga menjawat sebagai ahli Exco bagi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sesi 2015-2017.

Saya juga menjadi Ketua Sekretariat Exco Sahsiah dan Modal Insan untuk Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018.

Selfie bersama YDP MPP ketika itu, saudara Muhaimin

Saya juga pernah menjawat sebagai ahli biasa Dewan Amal Islami (DAMAI), Presiden Silat Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UNIMAS sesi 2019/2020 dan juga Petugas Dewan Solat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, UNIMAS.

Bergambar ketika WAJADIRI2018 di Shah Alam

Program Ramah Mesra bersama DAMAI

Bergambar bersama Petugas Dewan Solat dan Pengarah Pusat Islam UNIMAS

Kini saya sebagai DEALER EMAS PUBLIC GOLD yang sah pada tahun 2017 sehingga sekarang. Misi saya adalah ingin melahirkan lebih ramai anak muda untuk celik ilmu emas. 

Untuk mengetahui bagaimana saya bermula menyimpan emas, boleh lah ke 


Silakan Kongsi