Salam kembali kepada pembaca setia saya. Kali ini saya baru berniat untuk menerangkan kepada anda perkara asas dalam mengenali emas dan sejarahnya yang selalu dikaitkan dengan dunia matawang.

Anda pernah tak mendengar atau membaca bahawa matawang ini sebenarnya disandarkan kepada emas?

Jika ia maka kita adalah sama!

Iya memang matawang itu disandarkan kepada emas

TETAPI ITU SEBELUM 15 OGOS 1971.

Sumber: google Perjanjian Bretton Woods

Sejarahnya begini, pada 15 Ogos 1971, Amerika Syarikat telah memutuskan hubungan antara emas dengan US DOLLAR dan mereka melanggar perjanjian Bretton Woods yang dipersetujuinya pada 1944. Amerika mengambil jalan pintas untuk memulihkan ekonomi mereka setelah mereka kalah teruk dalam peperangan terhadap Vietnam

(dan seluruh dunia tahu Amerika kalah!).

Sumber: Google Perang Amerika-Vietnam

Sebelum 1971, wang – wang kertas US Dollar perlu disandar kepada emas. Kiraannya adalah setiap 35 Dollar yang dicetak mesti disandar dengan emas seberat satu troy oz iaitu bersamaan 31.1 gram. Untuk memudahkan pemahaman anda, saya nukilkan kaedah ini dalam bentuk kisah Karnival.

Katakanlah suatu Karnival Bazaar di sekolah A berlangsung selama 1 minggu. Selama 1 minggu di sekolah A, segala bentuk transaksi jual/beli mesti menggunakan KUPON. Kupon ada yang bernilai RM1, RM3, RM5 dan RM10. Kupon – kupon in anda boleh dapatkan di gerai kupon dan kupon ini hanya sah selama tempoh 1 minggu itu sahaja.

Sumber: Google Contoh Kupon Sekolah

Persoalannya, bagaimana ‘kupon’ ini bernilai? Jawapannya adalah kupon ini bernilai kerana disandarkan kepada duit kita tadi. Duit yang kita bayar untuk menukarkan kepada bentuk kupon dan itulah yang menjadikan kupon itu bernilai. Sudah faham?

Jika anda sudah faham,

konsep yang sama berlaku kepada wang Dollar itu dulu sebelum 1971. Dollar itu adalah ‘kupon’ kepada emas kerana emas yang bernilai.

Tetapi selepas tahun 1971, duit kertas sekarang dikenali sebagai ‘wang fiat’ iaitu duit yang tiada sandaran kepada apa-apa. OUT OF NOTHING kata Profesor Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera. Itulah rahsia terbesar kenapa Amerika kaya – raya dan berkuasa pada hari ini kerana mereka mencetak duit sesuka hati!

Michael Maloney seorang pakar sejarah mata wang berpendapat bahawa terciptanya wang fiat ini adalah PENIPUAN TERBESAR dalam sejarah manusia. Sejarah ini juga berlaku di Malaysia atau Tanah Melayu ketika itu. Penjajah Jepun telah mencecak duit ‘daun pisang’ sesuka hati sehingga berlakunya hiperinflasi yang menyebabkan kuasa beli duit kertas jatuh mendadak.

Sumber: Google Duit Daun Pisang

Dari segi nilai emas dan mata wang kertas untuk jangka masa panjang, emas akan sentiasa naik tetapi mata wang akan turun. Ia akibat kesan inflasi wang fiat.

Oleh itu kita jangan mudah tertipu dengan nombor pada wang kertas. Contoh termudah adalah nilai kuasa RM50, 000 sekarang adalah tidak sama dengan nilai kuasa RM50,000 untuk 10 tahun lepas. Inikan pula untuk 10 tahun akan datang ye.

Jadi duit kertas hanyalah sesuai untuk menjadi alat medium transaksi jual beli sahaja dan ia tidak sesuai untuk simpanan jangka masa panjang.

Biru : Oren, Dollar : Emas

Sumber: Google Graf Emas Vs Dollar

Kata guru emas saya Tuan Zulkifli Shafie, penyimpan emas sebenarnya tidak bertambah kaya dengan hanya kenaikan harga emas. Sebaliknya kekayaan mereka bertahan daripada inflasi. Kekayaan mereka bertahan. Begitulah.

Penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia adalah emas (dan perak) sahaja

Sekian, Moga bermanfaat

Silakan Kongsi