IMPIAN atau orang puteh sebut DREAM.

Cuba kita lihat dream seorang billionaire, Elon Musk. SpaceX akan mendarat di Planet Marikh pada 2024.

Adakah DREAM Elon ini mustahil? Atau cuma angan-angan Mat Jenin?

Mungkin tidak mustahil bagi saya dan sebahagian besar manusia juga tahu siapakah si Elon Musk ini.

Bermula dengan seorang usahanwan PayPal kemudian kepada Tesla (kereta elektrik pertama dunia) kini kepada SpaceX iaitu syarikat penerbangan ke angkasa lepas.

Berbalik kepada DREAM beliau tadi, cuba kita perhatikan ‘point’ penting yang boleh kita belajar. Seorang billionaire juga letakkan sasaran untuk DREAM mereka dan mereka bekerja keras ke arah itu.

Dan apa kaitan DREAM, emas dan SpaceX?

Persamaan mereka adalah emas dan SpaceX merupakan alat untuk mencapai DREAM!

Jika roket SpaceX sebagai alat untuk Elon Musk dan anggota beliau ke Marikh, maka emas boleh dijadikan alat untuk tuan puan untuk menutup kebocoran duit.

Banyak impian boleh dicapai dengan menyimpan emas sebagai Forgotten Saving, dana pendidikan, dana kahwin dan banyak lagi

Jika tuan puan dapat duit gaji tapi susah nak simpan, maka bukan salah duit. Tapi silap kita cara menabung.


Dapat sesuatu?

Maziz Syafiq Mujib
15 Jun 2021 M | 4 Zulkaedah 1442 H
Info youtube :
SpaceX INSANE NEW Plan To Visit Mars in 2024!

Silakan Kongsi