Tulisan kali ini saya akan kongsikan semudah ABC untuk anda membeli emas atau lock emas secara online di website Public Gold.

STEP 1:

Mula-mula anda pergi ke website www.publicgold.com.my dan klik butang LOGIN

STEP 2:

Masukkan username (PGCode anda) dan password (biasanya password anda adalah nombor ic tanpa sempang) dan klik Log in

STEP 3:

Klik butang ORDER

STEP 4:

Klik butang Purchase Order

STEP 5:

Anda boleh nampak senarai produk-produk yang dijual. Gunakan fungsi Search jika perlu. Apabila sudah berjumpa dengan item yang anda ingin beli, Klik Add to cart

STEP 6:

Pastikan kuanti yang anda ingin order dan klik Add to Cart sekali lagi.

STEP 7:

Klik butang Update Cart dan kemudian klik Proceed to Next Page

STEP 8:

Kemudian anda pilih samada nak ambil emas tersebut di branch Public Gold atau Pos Arrahnu

(p/s: jika anda ambil di Pos Ar-Rahnu maka gold premiumnya adalah SATU KALI ganda)

STEP 9:

Jika anda memilih branch Public Gold, maka anda kena pilih cawangan mana.

STEP 10:

Pilih Pembayaran Penuh (Full payment secara Normal Purchase) .

Dan pilih sama ada order untuk diri sendiri atau bagi pihak lain. JIka bagi pihak lain, masukkan PG code dia. Jika dia belum mendaftar dan tiada PG Code, sila lihat artikel saya bertajuk Cara Daftar Public Gold Bukan GAP (Non – GAP).

STEP 11:

Klik check box √ I Agree and Understand……. dan klik butang Confirm and Proceed to Payment

Pada waktu ini, Order anda telah berjaya dan anda akan menerima nombor order tersebut dalam bentuk CSO XXXXX.

p/s: Public Gold akan menghantar email kepada anda, yang mengandungi butiran pembelian (nama item dan harga, kaedah kembayaran dan tempat ambil stok)

Pada waktu ini, anda boleh terus buat pembayaran dan upload bukti pembayaran. (contohnya slip Maybank2u).

Tetapi jika anda nak bayar kemudian pun tak apa. Mungkin anda perlu pergi ke bank, ATM atau cash deposit machine dahulu. Tak ada masalah.

Untuk mengetahui cara pembayaran, boleh rujuk artikel saya yang bertajuk Cara Membuat Pembayaran Produk Public Gold.

Contoh: Email sales order daripada Public Gold.

Itu sahaja panduan beli produk Public Gold secara online.

Sekian terima kasih

Silakan Kongsi