Kali ini saya kongsikan cara untuk pembelian atau lock produk emas Public Gold menggunakan EPP ye.

STEP 1:

Mula-mula anda pergi ke website www.publicgold.com.my dan klik butang LOGIN

STEP2 :

Masukkan username (PGCode anda) dan password (biasanya password anda adalah nombor ic tanpa sempang) dan klik Log in

STEP 3:

Setelah berjaya LOGIN, klik butang ORDER

STEP 4:

Klik butang Purchase Order

STEP 5:

Menu seterusnya, anda boleh nampak senarai produk-produk yang dijual. Gunakan fungsi Search jika perlu. Apabila sudah berjumpa dengan item yang anda ingin beli, Klik Add to cart

STEP 6:

Kemudian pastikan kuanti yang anda ingin order dan klik Add to Cart sekali lagi.

STEP 7:

Selepas itu Klik butang Update Cart dan kemudian klik Proceed to Next Page

STEP 8:

Kemudian anda pilih samada nak ambil emas tersebut di branch Public Gold atau Pos Arrahnu

(p/s: jika anda ambil di Pos Ar-Rahnu maka gold premiumnya adalah SATU KALI ganda)

STEP 9:

Jika anda memilih branch Public Gold, maka anda kena pilih cawangan mana.

STEP 10 :

Pilih SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE membuat bayaran secara EPP

STEP 11:

Pilih sama ada anda ingin membuat bayaran bulan – bulan selama 4 bulan atau 10 bulan. (Item 20g ke atas boleh membuat EPP10. Jadual pembayaran setiap bulan akan disekalikan bersama invoice).

Dan pilih sama ada order untuk diri sendiri atau bagi pihak lain. JIka bagi pihak lain, masukkan PG code dia. Jika dia belum mendaftar dan tiada PG Code, sila lihat artikel saya bertajuk Cara Daftar Public Gold Bukan GAP (Non – GAP).

STEP 12:

Disebabkan EPP10 hanya boleh dilakukan untuk item 20 gram ke atas (melainkan jika ada promosi), maka saya sertakan contoh kepada item 10 gram BungaMas dan 20 gram BungaMas. (Total 30 gram)

STEP 13:

Di invois yang diterima melalui emel Public Gold sudah disertakan bersama kadar bayaran yang perlu dijelaskan pada setiap bulan. Anda perlu membuat bayaran SEBELUM ATAU SEMASA tarikh jadual berkenaan.

Selesai.

Untuk mengetahui cara untuk membuat pembayaran, anda boleh rujuk kepada INTRODUCER atau boleh terus ke artikel saya bertajuk Cara Membuat Pembayaran Produk Public Gold. 

Terima kasih.

Silakan Kongsi