Salam, bertemu kembali untuk tulisan saya ini bagi membincangkan ‘Kenapa Barang Kemas Tidak Sesuai Dijadikan Pelaburan’. Dalam erti kata lain ia KURANG SESUAI untuk mendapat pulangan untung yang lumayan.

Di sini saya sertakan 4 Fakta bagi menyokong tajuk kali ini.

FAKTA 1:

Harga Barang Kemas Per Gram Lebih Mahal.

Untuk pengetahuan umum, harga barang kemas sememangnya lebih tinggi berbanding emas pelaburan kerana harga tersebut mengikut persatuan pekedai emas.

Rata – rata harga yang ditetapkan adalah 10 – 15 % lebih mahal dari harga emas pelaburan (jongkong dan syiling emas).

Anda boleh membuat kajian sendiri dengan meninjau di beberapa kedai emas untuk pengesahan. Dulu barang kemas juga dikenakan caj GST jadi ia menjadi bertambah mahal!

Fakta 2:

Kadar Spread Sangat Tinggi

Spread atau susut nilai atau beza nilai akan menentukan berapa banyak dan cepat kita akan jana keuntungan daripada emas yang kita beli. Rata – rata kadar spread untuk barang kemas adalah sekitar 25 % malah ada yang sampai kepada 40%!. Masyaa Allah.

Kalau harga emas naik sekita 15% sahaja, pembeli barang kemas tetap rugi kerana 10% masih ada (25% – 15%). Untuk emas pelaburan pula, rata – rata spread adalah di bawah 10% sahaja bahkan ada item yang spread nya cuma 5% sahaja. Wow!!!

Kalau emas naik 15%, pembeli emas pelaburan masih dapat tersenyum kerana beza cuma 5% sahaja (15% – 10%). Bijak bukan?

Fakta 3:

Kos Upah Yang Dimanipulasi

JIka anda lihat dan meninjau harga barang kemas di kedai – kedai emas, rata – rata harga yang dipaparkan adalah BELUM TERMASUK CAJ UPAH pembuatan atau popular dipanggul KOS UPAH. Kos Upah ini bergantung kepada seni pembuatan dan kehalusan reka bentuk barang kemas itu. Lebih halus dan cantik rekaannya maka lebih tinggi dan mahal kos upah yang mereka kenakan.

Kos upah ini boleh dimanipulasikan oleh pekedai barang kemas. Kalau harga emas mahal, mereka boleh merendahkan kos upah. Kalau harga emas murah, mereka boleh menaikkan kos upah. Ini bermaksud kita akan tetap bayar dengan harga mahal walau emas sedang murah.

Fakta 4:

Semakan Harga Terhad dan Lambat

Pergerakan harga barang kemas agak ‘statik’. Kebiasaanya kalau harga emas pasaran naik, harga barang kemas akan terus naik! Tetapi kalau harga pasaran emas turun, pekedai emas biasanya akan lambat semak harga dan mungkin masih mengekal dengan harga tinggi untuk beberapa hari atau berminggu.

Ia berbeza dengan emas pelaburan. Harga emas pelaburan biasanya disemak setiap 24 jam. Di Malaysia, syarikat Public Gold, emas disemak setiap 20 minit atau 72 kali sehari. Wow (pandang langit sekejap).

Ini membolehkan pelanggan untuk mengunci harga emas ketika emas sedang turun waktu malam dan emas naik keesokkan harinya.

Cara ini terhasil hanya pada emas pelaburan dan tidak pada barang kemas.

Begitulah 4 fakta yang saya rujuk melalui buku guru saya yang bertajuk Wang Emas, tulisan Mohd Zulkifli Shafie.

Walau bagaimana pun, barang kemas tetap ada nilai sentimen kepada kaum wanita. Jadi saya akan kupaskan di lain tajuk tentang Bagaimana Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi.

Secara ringkasnya, saya simpulkan perbezaan Emas Pelaburan (Goldbar & Dinar) dan Barang Kemas pada gambar di bawah.

Sekian, Moga bermanfaat.

Silakan Kongsi