Kisahnya bermula pada tanggal 13 Mei 2017, di mana abah saya telah meninggal dunia. Beliau meninggal dunia akibat penyakit kencing manis, darah tinggi, dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Setelah beliau meninggal dunia, kesemua harta peninggalan harta seperti EPF dan insurans yang arwah pernah labur di faraidkan kepada kami. Dalam keluarga kami ada 3 lelaki dan 2 perempuan termasuk Ibu.

Setelah di faraidkan harta arwah abah, saya peroleh bahagian sebanyak hampir 11K. Namun saya risau dan takut menggunakan duit itu ke arah pembaziran.

Pada hari di mana saya perlu bersama Ibu untuk menghantar beberapa dokumen pengesahan dan beberapa dokumen yang diperlukan, sampai di kaunter, akak di kaunter itu pun menegur saya:

“Adik nak buat apa dengan duit ni nanti”

“Saya nak simpan dalam bank sahaja”, ujar saya.

“Rugi kalau kalau simpan dalam bank sahaja. Duit tu takkan membiak (bertambah). Bagus adik masuk saham atau melabur”, balas akak tu.

“Oh betul juga,” balas saya.

Sejak dari peristiwa itu, saya mulalah mencari – cari instrumen yang terbaik untuk saya pindahkan harta faraid bahagian saya ini ke tempat yang selamat selain dari bank. Ini kerana saya berasa agak kurang enak kalau duit yang banyak (bagi saya ketika itu) terus berada di bank tanpa dilaburkan.

Namun masa agak membataskan pergerakan saya untuk menceburi bidang hartanah dan saham, tetapi saya tetap perlahan-lahan mencari instrumen yang baik di mana ia boleh disimpan selamat dan dalam masa yang sama juga sesuai untuk pelaburan.

Maka suatu hari saya melihat rakan saya, Cik Munirah Seruja yang merupakan dealer emas syarikat Public Gold. Beliau acapkali memuatnaik posting di facebook beliau berkaitan kepentinngan simpanan emas.

Saya masih teringat beliau pernah berkata bahwa SIMPANAN EMAS KALIS INFLASI dan SIMPANAN EMAS KALIS SIFAT BOROS.

Sejak dari itu, saya berguru dengan beliau dan juga sedikit sebanyak mengkaji tentang kebaikan emas. Setelah ditimbangtara buruk dan baik dengan simpanan emas, saya pun tekad untuk memindahkan sebahagian harta faraid itu kepada simpanan emas.

Dengan berbekalkan duit faraid arwah abahlah, saya terus layak menjadi Dealer Emas Public Gold dibawah bimbingan Cik Munirah Seruja.

Saya ketika itu masih berusia 20 tahun dan masih mentah dalam ilmu-ilmu kewangan. Namun ia juga tidak membataskan saya untuk menuntut ilmu dan berguru dengan mentor saya, Tuan Zulkifl Shafie, seorang penulis buku Zero Hutang, Wang Emas dan Misi Bebas Hutang.

Saya juga berguru dengan Tuan Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia yang juga penulis buku Rahsia Pelaburan Emas dan Jutawan Emas.

Syukur.

Silakan Kongsi