Salam semua. Tibalah masanya saya menerangkan apa itu akaun emas Public Gold atau ia Akaun Emas GAP.

Apa Itu GAP?

GAP adalah berasal daripada Gold Accumulation Program atau bahasa Melayu adalah Program Pengumpulan Emas. Sistem akaun GAP adalah sistem pembelian emas fizikal 100% di Public Gold secara atas talian.

Sistem akaun GAP membolehkan pembeli membeli emas serendah RM100 kemudian ditukar kepada gram emas ATAU serendah 1 gram terus.

Public Gold menetapkan masa sebanyak 24 jam untuk harga emas di GAP berubah. Bermakna setiap 24 jam, harga emas di paparan skrin Public Gold untuk 1 gram dan nilai gram bersamaan RM100 akan berubah.

Kaedah ini adalah pembelian emas PALING MUDAH dan cara membeli PALING MURAH bagi anda yang mempunyai modal sederhana. Untuk bermula membuka akaun emas ini, boleh ke artikel saya yang bertajuk CARA KEDUA MEMBUKA AKAUN EMAS GAP PUBLIC GOLD.

Saya juga ada menulis 10 KELEBIHAN SIMPAN EMAS GAP. Anda boleh ke artikel saya itu atau tekan link pada nama berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut.

BERIKUT 20 SOALAN YANG SERING DITANYA BERKENAAN GAP:

1. Berapa lamakah tempoh yang perlu untuk keluar / withdraw emas fizikal dari akaun GAP?

Emas fizikal boleh terus dikeluarkan dari akaun GAP jika anda berhajat untuk berbuat demikian. Sila pastikan 1 gram masih berbaki untuk akaun GAP anda kekal aktif.

2. Bagaimana cara keluarkan emas fizikal dari akaun GAP?

Sila hubungi cawangan Public Gold yang anda ingin keluarkan di sana dan buat RESERVATION STOCK terlebih dahulu. Kemudian staf akan bimbing anda untuk mengisi Appointment (Janji Temu) untuk mengambil emas itu di cawangan berhampiran anda.

3. Apa dokumen yang perlu bawa untuk keluarkan emas fizikal?

Bawa (1) kad pengenalan dan (2) duit caj premium sahaja.

4. Boleh ke buka akaun GAP untuk anak – anak? Atau yang bawah umur 18 tahun?

Boleh je hatta baby yang baru lahir juga boleh ada akaun GAP. Namun penama mesti disertakan bersama penjaga.

5. Boleh ke beli emas GAP ikut gandaan RM100 atau RM50?

Boleh. Ia bergantung kepada modal anda. Namun minimum adalah RM100 untuk tambah atau beli emas di GAP.

6. Kalau jual emas di GAP, adakah perlu keluarkan emas fizikal itu dan baru jual?

Tak perlu. Anda boleh terus jual secara online emas di GAP. Boleh rujuk tulisan saya yang bertajuk CARA MENJUAL BALIK EMAS GAP.

7. Berapa caj premium atau caj pengeluaran yang dikenakan?

Bayaran adalah mengikut jenis item dan berat emas tersebut. Boleh rujuk jadual di bawah:

CAJ PREMIUM

8. Boleh tak keluarkan emas fizikal semua dalam akaun GAP?

Boleh keluarkan emas semua tetapi ia dikira untuk tutup akaun. Untuk akaun kekal aktif, tingalkan minimum 1 gram.

9. Adakah wajib membeli emas di GAP setiap bulan?

Tidak. Pembelian emas di GAP bukanlah komitmen bayar bulan – bulan. Rasa ada duit lebih je, boleh tambah emas di GAP.

10. Berapa lamakah tempoh simpan emas di GAP? Berapa kuantiti maximum boleh simpan di GAP? Dan ada caj tak?

Tiada had tempoh, tiada had kuantiti dan ia adalah PERCUMA.

11. Apakah item emas yang boleh dikeluarkan dari akaun GAP?

Semua jenis goldbar dan dinar. Kecuali 0.5 gram dan 1 gram special edition.

12. Boleh ke emas yang dikeluarkan dari GAP dimasukkan balik ke akaun GAP?

Boleh. Dengan syarat emas fizikal itu DIJUAL terlebih dahulu. Kemudian buat pembelian baru di akaun GAP.

13. Bolehkah minta wakil keluarkan emas fizikal dari akauan GAP bagi pihak kita?

Tidak boleh. Emas fizikal di GAP adalah milik mutlak si penyimpan itu sendiri. Wakil tidak boleh ambil emas itu melaikan berlakunya kematian. Maka emas GAP boleh diwariskan kepada pewaris.

14. Adakah akaun GAP dilindungi insuran?

Ya. Emas di di GAP di simpan di safe deposit box di bawah kelolaan Public Safe dan di lindungi insuran.

15. Betulkah emas fizikal itu wujud dalam akaun GAP?

Iya. Buktinya anda boleh ke 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Anda boleh minta untuk keluarkan emas fizikal di setiap cawangan yang anda mahu.

16. Kalau Public Gold bankrup, adakah emas di GAP kita boleh bawa keluar?

Public Gold adalah syarikat yang telah beroperasi selama 12 tahun. Terdapat zero kes di mana pelanggann tidak mendapat emas mereka balik jika mereka mahu. JIka anda takut sampai tak tidur malam kerana memikirkan emas, saya cadangkan beli emas secara belian biasa dan simpan sendiri.

17. Kalau berlaku kematian, adakah waris boleh keluarkan emas itu?

Iya boleh. Maklumkan kepada waris yang anda sudah menyimpan emas di Public Gold. JIka ada apa – apa berlaku, sila bawa sijil kematian dan Surat Kuasa Pentadbir Harta Pusaka. Untuk lebih detail sila berhubung dengan staf Public Gold.

18. Macam mane nak tengok emas yang kita beli dalam GAP?

Kita boleh lihat amaun gram emas di akaun GAP. Untuk emas fizikal itu, kita boleh meilhat di cawangan Public Gold terdekat jika stock masih ada. Namun ia bukanlah emas kita kerana emas kita masih di akaun GAP. Untuk keluarkan emas, baru emas fizikal itu kita boleh amik di cawangan.

19. Boleh ke nak pajak emas di GAP?

Iya boleh. Sistem GAP sekarang sudah boleh juga pajak emas secara online. Public Gold akan memberi pinjaman sebanyak 70% dari harga semasa. Untuk lebih detail, sila rujuk staf Public Gold berkenaan proses pajak GAP.

20. Jika belie mas GAP hari ini dan emas naik esok hari. Boleh ke nak jual emas ketika itu?

Boleh. Namun nasihat say ajika anda simpan emas di GAP, simpanlah dalam jangka 2-3 tahun. Atau ketika anda rasa urgent nak pakai duit sahaja. Pelaburan emas ini adalah sesuai untuk jangka masa panjang.

21. Adakah simpan di GAP ini patuh syariah?

Iya patuh syariah. Sila lihat artikel saya yang bertajuk SIMPANAN EMAS GAP PATUH SYARIAH untuk mengetahui sistem syariah yang diamalkan oleh Public Gold.

Sekian, moga bermanfaat.

Silakan Kongsi