Salam keceriaan kepada pembaca. Di sini saya akan kongsikan pula kelebihan demi kelebihan yang akan anda dapat jika menjadi sebahagian keluarga kami iaitu Dealer Emas Public Gold.

Mungkin antara anda yang tidak tahu bahawa dengan platform yang banyak diberikan oleh Public Gold, anda dapat menjana pendapatan pasif RM10K SEBULAN!

Iya ini bukanlah suatu yang sembang kosong dan ia telah terbukti.

Anda hanya perlu BUAT dan TIRU cara mentor atau guru emas yang akan anda pelajari nanti. Setiap dealer akan diberikan ‘training’ setiap 6 bulan sekali bagi mengasah dan meningkatkan momentum prestasi mereka. (Saya akan nukilkan kisah training saya di lain masa yer)

Baik tanpa segan silu lagi, saya kongsikan

8 KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD!

Kelebihan 1: Komisyen daripada pembelian emas sendiri

Untuk jadi dealer (Normal Dealer), anda perlu membuat pembelian minimum RM10,000 dalam satu resit (satu Invoice). Setiap pembelian untuk kali KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan kongsikan keuntungan sebanyak 1%. Kalau buat pembelian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat komisyen 1% iaitu RM100.

Dah la harga emas di Public Gold murah sekitar 15% berbanding kedai emas, kita masih jimat lagi 1%. Tahap komisyen ini boleh meningkat kepada 1.5% dan 2.0% mengikut tahap dealership masing – masing.

Contoh promosi menjadi dealer pada November 2020.

Kelebihan 2: Komisyen daripada jual balik emas sendiri

Kalaun nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita akan mendapat komisyen 0.3% daripada harga jualan tersebut.

Contohnya adalah jika kita jual emas dengan nilai RM10,000, kita akan dapat RM30. Komisyen tak banyak kerana ia komisyen jualan diri sendiri. Kita belum masuk kepada komisyen pelanggan yang membeli dengan khidmat kita lagi sebagai dealer.

Kelebihan 3: Membuka kedai emas tanpa perlukan kedai

Saya berhadapan di pejabat Public Gold cawangan Kota Bharu, Kelantan

‘Kedai’ yang diperlukan bukanlah sewa kedai macam di shoplot itu ye. Kita boleh meniaga emas secara online. Tak perlu susah – susah kerana Public Gold telah menyediakan 19 cawangan yang digaji kepada staf. Kita boleh manfaatkan keistimewaan ini kerana kemudahan yang disediakan oleh Public Gold.

Kelebihan 4: Komisyen memperkenalkan (introduce) emas kepada pembeli

Apabila kita menggunakan medium seperti Facebook, Whatsapp, Telegram dan lain2 untuk berkongsi ilmu berkenaan emas ini, maka akan ada rakan-rakan kita yang mula bertanya. ITULAH PENTINGNYA ILMU.

Sebagai seorang dealer, kita perlu ambil tahu berkaitan ilmu emas ini. Jika kita hanya menjual emas di laman sosial, kita mungkin akan kehilangan kawan, tetapi jika kita bercerita tentang manfaat dan ilmu-ilmu berguna berkaitan emas ini, rakan-rakan kita akan lebih tertarik.

Jadi, apabila mereka ingin membeli emas PG, saya akan ambil tanggungjawab untuk menjadi sebagai INTRODUCER mereka.Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing.

Sebagai dealer, kita perlu didik customer kita untuk jadi customer yang merdeka. Kita cuma consult dan tolong place order sahaja. Pembeli itu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold berdekatan. Sampai bila-bila sahaja, jika customer kita itu buat belian emas, kita akan dapat komisyen itu. Disinilah kita dapat menjana “passive income”.

Kelebihan 5: Membeli emas pada harga ‘diskaun’ dan simpan

Apabila kita sudah memperkenalkan ramai pembeli emas, InsyaAllah selepas setahun dan keatas, akan ada pembeli emas yang nak menjual emas itu disebabkan perlu pakai duit.

Masa itu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak susut nilai 6% – 9%. Perkara ini disebabkan, jika pembeli itu pergi dan jual kembali kepada PG, PG juga akan buat belian mengikut harga PG BUY.

Oleh yang demikian, jika ada customer kita yang nak jual item mereka, Kita sebagai dealer boleh pertimbangkan untuk beli. Selalunya jika customer itu tinggal berhampiran dengan kita, mereka lebih suka jual dengan kita sebab dapat cash on the spot. Jika jual kepada PG, selepas 24 jam baru PG akan bank in ke dalam akaun kita.

Apabila customer jual emas kepada kita (dealer) dengan harga PG BUY, itu bermaksud kita membeli emas dengan harga tanpa susut nilai. Oleh itu, jika harga emas naik walaupun 6%, kita sudah untung.

Kelebihan 6: Membeli emas pada harga ‘diskaun’ dan Jual

Contoh: Customer nak jual 2 keping 1 Dinar yang dia ada dan kita beli pada harga PG BUY (RM1,100 untuk 1 dinar) dan kita pula jual item itu kepada customer yang nak dengan harga PG SELL (RM1,208 untuk 1 dinar) .

Itu sudah untung RM 200 dalam satu jualan. Kita boleh iklankan kepada customer-customer kita yang berdekatan. Mereka juga jimat duit minyak!!

Customer kita sahaja. Customer dealer lain tak boleh. Ianya ibarat kita kacau periuk nasi dealer lain.

INGAT ye..

Kelebihan 7: Dapat komisyen ‘overriding’ dealer

CONTOH A:

Saya sebagai Normal Dealer yang menjadi introducer kepada Aiman. Aiman juga ingin menjadi Normal dealer. Pembelian pertama yang melayakkan Aiman menjadi dealer adalah RM 10, 000. 1% dari itu (RM 100) akan dibayar oleh PG kepada Saya sebagai komisyen introducer manakala untuk pembelian kedua dan seterusnya oleh Aiman, Saya akan dapat komisyen overriding sebanyak 0.15%.

Ini adalah kerana, level Saya dan Aiman adalah sama.

CONTOH B:

Saya sebagai Master Dealer yang menjadi introducer kepada Aiman. Aiman berhasrat untuk menjadi Normal dealer. Pembelian pertama yang melayakkan Aiman menjadi dealer adalah RM 10,000. 2% dari itu (RM 200) akan dibayar oleh PG kepada Saya sebagai komisyen introducer manakala untuk pembelian kedua dan seterusnya oleh Aiman, Saya akan dapat komisyen overriding sebanyak 1.0%.

Ini adalah kerana, level Saya dan Aiman adalah berbeza

Kelebihan 8: Dapat bercuti yang dibayar sepenuhnya oleh Public Gold

Yes!!

Ini antara yang ditunggu – tunggu oleh semua Dealer. Sekiranya mereka mendapat pencapaian seperti sales yang tinggi dan banyak new recruitment, maka Public Gold menghadiahkan mereka dengan pergi bercuti.

Berikut adalah senarai percutian yang ditaja oleh Public Gold kepada yang berjaya perform.

Pada SIP tahun 2020/2021, Public Gold menawarkan tiket percutian ke Rusia pula. Wow!!

#FINANCIAL FREEDOM (BEBAS KEWANGAN) bersama Public Gold

Inilah antara impian saya dan The Big Why orang putih kata, kenapa saya bekerja keras bersama Public Gold.

Insentif demi insentif, komisyen demi komisyen yang akan saya dapat dan ia adalah sebagai ‘passive income’ saya. Dengan adanya passive income ini, saya akan cuba merealisasikan impian saya untuk meneroka dunia.

Inilah juga yang menekankan saya untuk terus mendidik lebih ramai masyarakat di luar sana untuk menyimpan aset emas juga. Emas adalah loga berharga sepanjang zaman dan orang akan sentiasa membeli emas sebagai aset perlindungan mereka.

Dengan pelbagai kebaikan yang Public Gold berikan, saya percaya saya mampu untuk mencapai status bebas kewangan yang saya impikan.

Maziz Syafiq Mujib

Kemaskini

12.23 pm, 29/12/20

Gua Musang, Kelantan.

Silakan Kongsi