Baiklah, kali ini saya akan mengemukakan 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas. Tulisan kali ini ia lebih santai dan pengolahan bahasa yang mudah untuk anda lebih faham.

PERTAMA:

Emas adalah kekayaan sebenar. Hal ini kerana asset fizikal seperti emas adalah duit yang telah diakui berkurun lamanya. Selain ia juga mudah dialihkan dan dicairkan tanpa menjejas nilainya. NIlai emas juga tidak dapat dihapuskan kerana ia adalah logam galian dalam perut bumi sejak sekian lama.

KEDUA:

Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa yang panjang. Disebabkan itulah emas sangat sesuai untuk simpanan dan pelaburan jangka panjang. Selain itu, emas juga boleh dijadikan tabung kecemasan 3/6/12 bulan gaji. Sifat sayang kepada emas juga membolehkan emas dijadikan medium untuk ‘simpan & lupa’.

KETIGA:

Nilai wang kertas semakin menurun dalam jangka masa panjang. Ini adalah fakta yang berlaku setelah tahun 1970an. Kesan tersebut, inflasi duit yang dicetak secara banyak melanda negara – negara tidak stabil ekonomi mereka. Inflasi duit ini berlaku kerana nilai duit kertas tidak lagi disandarkan kepada apa-apa nilai aset kukuh.

KEEMPAT:

Emas adalah aset terunggul dan ia tidak dapat dinafikan apabila emas itu bernilai merentasi sempadan negara dan juga bernilai merentasi zaman masa.

KELIMA:

Nilai emas tidak boleh dimanipulasi kerana emas itu adalah logam galian dalam tanah dan bukan buatan manusia tetapi logam berharga dalam tanah. Emas itu berdiri sendiri kepada gred ketulenannya dan juga beratnya

Itulah 5 sebab kenapa yang anda perlu ketahui secara ringkas kenapa anda perlu mempunyai aset emas fizikal sekarang. Semasa blog ini ditulis, pengacara berita TV3 melaporkan bahawa Nilai Emas Bakal Mencecah Paras Tertinggi akibat wabak covid19 yang melanda banyak negara.

Moga bermanfaat.

Silakan Kongsi